Aku telah pun melarang kamu daripada mencintai orang Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

قد كنت أنهاك عن حب يهود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah pun melarang kamu daripada mencintai orang Yahudi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 577, hadis nombor 2971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسامة بن زيد – رضي الله عنه -، قال: خرج رسول الله ﷺ يعود عبد الله بن أبي في ‌مرضه الذي مات فيه، فلما دخل عليه، ‌عرف فيه الموت، قال: «قد كنت أنهاك عن حب يهود». [د، حم، ك، «الضعيفة» (6598)].

(Lemah) Daripada Usamah bin Zayd RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ keluar menziarahi Abdullah bin Ubay ketika sakitnya yang padanya dia meninggal. Apabila baginda masuk berjumpanya, baginda mengetahui ada padanya (tanda) kematian. Baginda bersabda: "Aku telah pun melarang kamu daripada mencintai orang Yahudi". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6598].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs