Aku telah pergi melihat ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اطلعت في الجنة، فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها الأغنياء والنساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah pergi melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang fakir miskin. Dan aku telah pergi melihat ke dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang kaya dan wanita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis nombor 10065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها الأغنياء والنساء.
[حم، عم، ((الضعيفة)) (2800)]

(Lemah)
Daripada Abullah bin Amru RHuma berkata: Rasulullah SAW berkata: Aku telah pergi melihat ke dalam syurga lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang-orang fakir miskin. Dan aku telah pergi melihat ke dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan ahlinya ialah orang kaya dan wanita.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2800]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.