Aku telah pergi ke kubur ibuku dan aku telah memohon kepada Allah agar menghidupkan ibuku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ذهبت لقبر أمي فسألت الله أن يحييها فأحياها فآمنت بي، وردها الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Aku telah pergi ke kubur ibuku dan aku telah memohon kepada Allah agar menghidupkan ibuku lalu ibuku dihidupkan semula lantas beriman denganku, kemudian Allah mengembalikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 322, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا، ورواه ابن شاهين عنها. قال ابن ناصر: هو موضوع. وفي إسناده: محمد بن زياد النقاش، ليس بثقة، وأحمد بن يحيى الحضرمي، ومحمد بن يحيى الزهري، مجهولان.
قال ابن حجر في اللسان: أما محمد بن يحيى فليس بمجهول، بل معروف. وقال في الميزان: في ترجمة أحمد بن يحيى الحضرمي: روى عن حرملة التجيبي، ولينه ابن يونس وأما النقاش: فقال الذهي: صار شيخ المقرئين في عصره، على ضعف فيه. وقد أطال في اللآلىء الكلام على هذا الحديث. وقال: الصواب الحكم عليه بالضعف لا بالوضع. قال: وقد ألفت في ذلك جزاءا انتهى.
وفي بعض ألفاظ الحديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم: سأل ربه أن يحيى أبويه، وأحياهما فأمنا به، ثم أماتهما. وقد أخرج أحمد من حديث أبي رزين العقيلي قال: قلت: يا رسول الله. أين أمي؟ قال: أمك في النار. قال: فأين من مضى من أهلك؟ قال: أما ترضى أن تكون أمك مع أمي؟.

Al-Khatib meriwayatkannya daripada Aisyah secara marfu’. Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Syahin daripada Aisyah radhiallahu anha.
Ibn Nasir berkata: Ia adalah palsu. Padanya terdapat Muhammad bin Ziyad al-Naqqash, bukan seorang yang tsiqah. Ahmad bin Yahya al-Hadhrami dan Muhammad bin Yahya al-Zuhri, mereka berdua adalah orang majhul (tidak dikenali).
Ibn Hajar berkata dalam al-Lisan. Muhammad bin Yahya bukanlah seorang yang majhul, bahkan ia dikenali. Dia berkata dalam al-Mizan. Dalam biografi Ahmad bin Yahya al-Hadhrami disebutkan: Dia meriwayatkan daripada Harmalah al-Tajibi, dia dinilai sebagai layyin oleh Ibn Yunus. Al-Naqqash pula al-Zahabi menyebutkan: Dia menjadi seorang guru yang pandai membaca al-Quran pada zamannya, walaupun dia adalah seorang yang dhaif.
Komentar terhadap hadis ini telah ditulis panjang dalam al-Laali. Dia berkata: Yang tepat adalah menghukumnya sebagai lemah dan bukannya palsu. Dia berkata: Aku telah menulis satu bahagian tentangnya.
Dalam sebahagian lafaz hadis: Nabi SAW meminta agar Allah menghidupkan kedua ibu bapanya lalu Allah menghidupkan keduanya serta beriman dengan baginda. Kemudian Allah mematikan semula mereka berdua.
Ahmad telah meriwayatkan hadis daripada Abi Razin al-Uqaili dia berkata: Wahai Rasulullah, di manakah (pengakhiran) ibuku? Ibumu di neraka. Dia berkata lagi: Dimanakah ahli keluargamu yang telah pergi? Nabi bersabda: Adakah kamu redha ibumu bersama ibuku?

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs