Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah menunaikan Haji Widak, kemudian aku masuk ke sebuah perkampungan di kota Mekkah,

Teks Bahasa Arab

يا غلامُ ! من أنا؟ فقال: أنت رسولُ اللهِ. فقال له: باركَ اللهُ فيك. ثم إنَّ الغلامَ لم يتكلم بعدَها.

Teks Bahasa Melayu

Aku telah menunaikan Haji Widak, kemudian aku masuk ke sebuah perkampungan di kota Mekkah, dan aku telah melihat Rasulullah SAW di sana dan wajahnya seperti bulan bentuknya. Dan aku telah mendengar dari Baginda SAW perkara yang ajaib: (kerana) apabila datang seorang lelaki dari Ahlul Yamamah sambil membawa bayi yang baru lahir pada hari tersebut yang telah pun membalutinya dengan kain, kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada bayi tersebut: “Wahai bayi! Siapakah aku?” Maka dia menjawab: “Engkau adalah utusan Allah SWT.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “(Semoga) Allah SWT memberkatimu.” Kemudian aku melihat bayi tersebut tidak berbicara lagi setelahnya”.

Sahabat Perawi

  1. Mu'rid bin Mu'aiqib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 530, hadis no. 2810.

(ضعيف جدا) عن معرض بن معيقيب -رضي الله عنه-، قال: حججت حجة الوداع، فدخلت دارا بمكة، فرأيت فيها رسول الله ﷺ ووجهه کدارة القمر، فسمعت منه عجبا: أتاه رجل من أهل اليمامة بغلام يوم ولد، وقد لفه في خرقة، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : «یا غلام ! من أنا؟ فقال: أنت رسول الله . فقال له: بارك الله فيك. ثم إن الغلام لم يتكلم بعدها». [ابن جميع في «معجمه»، البيهقي في «الدلائل»، خط، «الضعيفة»، (5692)].

(Sangat Lemah) Daripada Mu'rid bin Mu'aiqib RA berkata : “Aku telah menunaikan Haji Widak, kemudian aku masuk ke sebuah perkampungan di kota Mekkah, dan aku telah melihat Rasulullah SAW di sana dan wajahnya seperti bulan bentuknya. Dan aku telah mendengar dari Baginda SAW perkara yang ajaib: (kerana) apabila datang seorang lelaki dari Ahlul Yamamah sambil membawa bayi yang baru lahir pada hari tersebut yang telah pun membalutinya dengan kain, kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada bayi tersebut: “Wahai bayi! Siapakah aku?” Maka dia menjawab: “Engkau adalah utusan Allah SWT.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “(Semoga) Allah SWT memberkatimu.” Kemudian aku melihat bayi tersebut tidak berbicara lagi setelahnya”.” [Riwayat Ibn Jamī‘ dalam kitab Mu‘jamnya, al-Bayhaqī dalam kitabnya al-Dalā’il, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam kitab Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5692].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.