Aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama tersebut agar kamu tidak sesat

TEKS BAHASA ARAB

إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد صلى الله عليه وسلم وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد صلى الله عليه وسلم. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid kecuali untuk Muhammad SAW, para isteri baginda, ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama tersebut agar kamu tidak sesat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis nombor 6150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: خرج النبي صلى الله عليه وسلم من بيته، حتى انتهى إلى صرح المسجد؛ فنادى بأعلى صوته: إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد صلى الله عليه وسلم وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد صلى الله عليه وسلم. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4973، 6285)]

(Palsu)
Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Nabi SAW telah keluar daripada rumah baginda hingga sampai diperkarangan masjid, baginda pun menyeru dengan suara yang paling kuat: Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid kecuali untuk Muhammad SAW, para isteri Baginda, ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama tersebut agar kamu tidak sesat.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4973 dan 6285]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.