Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنه لا يَحِلُّ المسجدُ لجُنُبٍ ولا حائضٍ؛ إلا لمُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وأزواجِهِ، وعليٍّ وفاطمةَ بنتِ مُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم. أَلَا! هل بَيَّنْتُ لكم الأسماءَ أن تَضِلُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid kecuali untuk Muhammad SAW, para isteri baginda, 'Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama tersebut agar kamu tidak sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis no. 6150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Nabi SAW telah keluar daripada rumah baginda hingga sampai diperkarangan masjid, baginda pun menyeru dengan suara yang paling kuat: Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid kecuali untuk Muhammad SAW, para isteri Baginda, 'Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama tersebut agar kamu tidak sesat. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4973 dan 6285]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman