Aku telah mengalami keguguran kandungan daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda menamakannya Abdullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن عائشة قالت: أسقطت من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: سقطاً، فسماه عبد الله، فكناها أم عبد الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah mengalami keguguran kandungan daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda menamakannya Abdullah. Dia (Aisyah) berkata Baginda memberi kunyah kepadaku Ummu Abdillah

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis nombor 8772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عائشة قالت: أسقطت من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: سقطاً، فسماه عبد الله، فكناها أم عبد الله. [الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (4137)]

(Batil)
Daripada A’ishah RA beliau berkata: ((Aku telah mengalami keguguran kandungan daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda menamakannya Abdullah. Dia (Aisyah) berkata: Baginda memberi kunyah kepadaku Ummu Abdillah)).
[Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4137].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.