Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah mengahwinkan kamu dengan orang yang bukan Dajjal

Teks Bahasa Arab

لقد زوَّجتُكِ غيرَ دجَّالٍ. يعني عليًّا.

Teks Bahasa Melayu

Aku telah mengahwinkan kamu dengan orang yang bukan Dajjal iaitu Ali.

Sahabat Perawi

  1. Qayas Bin Hujrin Bin ‘Anbas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis no. 9703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) قيس عن حُجر بن عنبس قال: لما زوج رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فاطمة من علي رضي الله تعالى عنهما قال: لقد زَوَّجْتُكِ غيرَ دجَّالٍ. يعني علياً. [عق، ((الضعيفة)) (6392)]

(Lemah) Qays Bin Hujr Bin ‘Anbas berkata: Ketika Nabi SAW mengahwinkan Fatimah dengan Ali RA, Baginda bersabda: Aku telah mengahwinkan kamu dengan orang yang bukan Dajjal iaitu Ali. [Riwayat al-Uqayli. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6392]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.