Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab menceritakan dan disisinya terdapat sekumpulan manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت أول المؤمنين إيمانا، وأول المسلمين إسلاما، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab menceritakan dan disisinya terdapat sekumpulan manusia, mereka saling bercerita tentang golongan terawal masuk Islam. Maka Umar telah berkata: "Adapun Ali; Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda iaitu pada Ali ada tiga keistimewaan; aku sangat suka jika aku ada satu daripada keistimewaan tersebut. Itu lebih aku sukai berbanding matahari terbit untuknya." Aku, Abu Ubaidah, Abu Bakar dan sekumpulan daripada sahabat bersama-sama Nabi SAW, lalu baginda SAW menepuk bahu Ali dan bersabda kepadanya: "Wahai Ali! Engkau ialah orang pertama yang beriman dan memeluk Islam. Engkau bagiku seperti kedudukan Harun bagi Musa."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis nombor 9497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما -، قال: سمعت عمر بن الخطاب؛ وعنده جماعة، فتذاكروا السابقين إلى الإسلام، فقال عمر: أما علي؛ فسمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول فيه ثلاث خصال؛ لوددت أن لي واحدة منهن، فكان إلي أحب مما طلعت عليه الشمس: كنت أنا وأبو عبيدة وأبو بكر وجماعة من الصحابة؛ إذ ضرب النبي – صلى الله عليه وسلم – بيده على منكب علي فقال له: ((يا علي! أنت أول المؤمنين إيمانا، وأول المسلمين إسلاما، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى)). [أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4938)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Abbas RA telah berkata: Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab menceritakan dan disisinya terdapat sekumpulan manusia, mereka saling bercerita tentang golongan terawal masuk Islam. Maka Umar telah berkata: "Adapun Ali; Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda iaitu pada Ali ada tiga keistimewaan; aku sangat suka jika aku ada satu daripada keistimewaan tersebut. Itu lebih aku sukai berbanding matahari terbit untuknya." Aku, Abu Ubaidah, Abu Bakar dan sekumpulan daripada sahabat bersama-sama Nabi SAW, lalu baginda SAW menepuk bahu Ali dan bersabda kepadanya: "Wahai Ali! Engkau ialah orang pertama yang beriman dan memeluk Islam. Engkau bagiku seperti kedudukan Harun bagi Musa." [Riwayat Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna dan Ibnu ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4938]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.