Aku telah meminta kepada Allah lima perkara untuk engkau ('Ali)

TEKS BAHASA ARAB

سألت الله فيك خمساً، فأعطاني أربعاً ومنعني واحدة: سألته فأعطاني فيك أنك أول من تنشق الأرض عنه يوم القيامة. وأنت معي؛ معك لواء الحمد، وأنت تحمله. وأعطاني أنك ولي المؤمنين من بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah meminta kepada Allah lima perkara untuk engkau (‘Ali). Allah telah tunaikan empat perkara dan satu perkara tidak ditunaikan. Aku meminta kepada-Nya dan Allah telah memakbulkan yang engkau akan menjadi orang terawal dibangkitkan pada hari kiamat. Engkau akan bersamaku; bersamamu sebuah panji al-Hamd dan engkau yang akan membawanya. Allah juga telah memakbulkan agar engkau yang akan menjadi pemimpin orang mukmin selepas ketiadaanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1869, hadis nombor 9424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، مرفوعا: ((سألت الله فيك خمساً، فأعطاني أربعاً ومنعني واحدة: سألته فأعطاني فيك أنك أول من تنشق الأرض عنه يوم القيامة. وأنت معي؛ معك لواء الحمد، وأنت تحمله. وأعطاني أنك ولي المؤمنين من بعدي)). [خط، ((الضعيفة)) (4957)]

(Palsu) Daripada Ali bin Abu Talib RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Aku telah meminta kepada Allah lima perkara untuk engkau (‘Ali). Allah telah tunaikan empat perkara dan satu perkara tidak ditunaikan. Aku meminta kepada-Nya dan Allah telah memakbulkan yang engkau akan menjadi orang terawal dibangkitkan pada hari kiamat. Engkau akan bersamaku; bersamamu sebuah panji al-Hamd dan engkau yang akan membawanya. Allah juga telah memakbulkan agar engkau yang akan menjadi pemimpin orang mukmin selepas ketiadaanku." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4957]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.