Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سألتُ اللهَ فيكَ خمسًا، فأعطاني أربعًا ومنعني واحدةً : سألتُهُ فأعطاني فيكَ أنكَ أولُ من تنشقُّ الأرضُ عنهُ يومَ القيامةِ . وأنتَ معي ؛ معكَ لواءُ الحمدِ، وأنت تحملُهُ . وأعطاني أنكَ وليُّ المؤمنينَ منْ بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah meminta kepada Allah lima perkara untuk engkau ('Ali). Allah telah tunaikan empat perkara dan satu perkara tidak ditunaikan. Aku meminta kepada-Nya dan Allah telah memakbulkan yang engkau akan menjadi orang terawal dibangkitkan pada hari kiamat. Engkau akan bersamaku; bersamamu sebuah panji al-Hamd dan engkau yang akan membawanya. Allah juga telah memakbulkan agar engkau yang akan menjadi pemimpin orang mukmin selepas ketiadaanku.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1869, hadis no. 9424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، مرفوعا: ((سألت الله فيك خمساً، فأعطاني أربعاً ومنعني واحدة: سألته فأعطاني فيك أنك أول من تنشق الأرض عنه يوم القيامة. وأنت معي؛ معك لواء الحمد، وأنت تحمله. وأعطاني أنك ولي المؤمنين من بعدي)). [خط، ((الضعيفة)) (4957)]
(Palsu) Daripada Ali bin Abu Talib RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Aku telah meminta kepada Allah lima perkara untuk engkau ('Ali). Allah telah tunaikan empat perkara dan satu perkara tidak ditunaikan. Aku meminta kepada-Nya dan Allah telah memakbulkan yang engkau akan menjadi orang terawal dibangkitkan pada hari kiamat. Engkau akan bersamaku; bersamamu sebuah panji al-Hamd dan engkau yang akan membawanya. Allah juga telah memakbulkan agar engkau yang akan menjadi pemimpin orang mukmin selepas ketiadaanku." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4957]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman