Aku telah memasuki syurga, lalu aku melihat di dalamnya terdapat kubah daripada permata

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة، فرأيت فيها جنابذ من لؤلؤ، ترابها المسك، فقلت: لمن هذا يا جبريل؟ فقال: هذا للمؤذنين والأئمة من أمتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah memasuki syurga, lalu aku melihat di dalamnya terdapat kubah daripada permata dan tanahnya daripada kasturi. Maka aku bertanya: untuk siapakah ini, wahai Jibril? Maka Jibril menjawab: Ini adalah untuk para muazin dan para imam dalam kalangan umatmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 350, hadis nombor 1851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((دخلت الجنة، فرأيت فيها جنابذ من لؤلؤ، ترابها المسك، فقلت: لمن هذا يا جبريل؟ فقال: هذا للمؤذنين والأئمة من أمتك)).
[عد، ((الضعيفة)) (826)]

(Palsu) Daripada Ubai Bin Ka‘ab RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah memasuki syurga, lalu aku melihat di dalamnya terdapat kubah daripada permata dan tanahnya daripada kasturi. Maka aku bertanya: untuk siapakah ini, wahai Jibril? Maka Jibril menjawab: Ini adalah untuk para muazin dan para imam dalam kalangan umatmu.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kāmil fi al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 826]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.