Aku telah melihat Rasulullah SAW bangun pada malam pertengahan Syaaban

TEKS BAHASA ARAB

علي مرفوعا. رأيت رسول الله ليلة النصف قام فصلى أربع عشرة ركعة، ثم جلس بعد الفراغ فقرأ بأم القرآن أربع عشرة مرة وقل هو الله أحد أربع عشرة مرة وقل أعوذ برب الفلق أربع عشرة مرة وقل أعوذ برب الناس أربع عشرة مرة، وآية الكرسي مرة، ولقد جاءكم رسول، فلما فرغ من صلاته سألته عما رأيت من صنيعه قال: من صنع مثل ذلك كان له عشرون حجة مبرورة وصيام عشرون سنة مقبولة فإن أصبح في ذلك اليوم صائما كان له صيام سنتين سنة ماضية وسنة مقبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah melihat Rasulullah SAW bangun pada malam pertengahan Syaaban malam lalu mendirikan solat sebanyak 14 rakaat. Kemudian baginda duduk selepas daripada itu, baginda membaca ummul Quran sebanyak 14 kali dan surah al-Ikhlas sebanyak 14 kali, surah Al-Falaq sebanyak 14 kali, surah al-Nas sebanyak 14 kali, ayat al-Kursi sekali dan ayat: لقد جاءكم رسول.. Apabila baginda selesai daripada solatnya, aku bertanya kepada baginda berkaitan apa yang aku lihat baginda lakukan. Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan hal ini, baginya 20 kali haji yang mabrur dan puasa selama 20 tahun yang diterima. Sekiranya dia berpagi pada hari tersebut dalam keadaan berpuasa, baginya puasa selama dua tahun. Setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ عَلِيٍّ مَرْفُوعا. رَأَيْت رَسُول الله لَيْلَةَ النِّصْفِ قَامَ فَصَلَّى أَرْبَعَ عَشْرَةَ رَكْعَةً، ثُمَّ جَلَسَ بَعْدَ الْفَرَاغِ فَقَرَأَ بِأُمِّ الْقُرْآنِ أَرْبَعَ عشرَة مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ أَربع عشرَة مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ أَرْبَعَ عَشْرَةَ مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ أَرْبَعَ عَشْرَةَ مرّة، وَآيَة الْكُرْسِيّ مرّة، وَلَقَد جَاءَكُم رَسُول، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ سَأَلْتُهُ عَمَّا رَأَيْتُ مِنَ صَنِيعِهِ قَالَ: مَنْ صَنَعَ مِثْلَ ذَلِكَ كَانَ لَهُ عِشْرُونَ حِجَّةً مَبْرُورَةً وَصِيَامُ عشرُون سَنَةً مَقْبُولَةً فَإِنْ أَصْبَحَ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ صَائِمًا كَانَ لَهُ صِيَام سنتَيْن سنة مَاضِيَة وَسنة مقبلة.
أَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ وَقَالَ: يُشْبِهُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا وَهُوَ مُنْكَرٌ وَفِي رِوَايَتِهِ مَجْهُولُونَ انْتَهَى.
وَقَالَ ابْن حجر الْمَكِّيّ، وَمن ثُمَّ ذكره ابْن الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات وَقَالَ غَيره إِسْنَاده مظلم وَالْحَاصِل أَنه واه سَاقِطا انْتهى.

Hadis Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah melihat Rasulullah SAW bangun pada malam pertengahan Syaaban lalu mendirikan solat sebanyak 14 rakaat. Kemudian baginda duduk selepas daripada itu, baginda membaca ummul Quran sebanyak 14 kali dan surah Al-Ikhlas sebanyak 14 kali, surah Al-Falaq sebanyak 14 kali, surah An-Nas sebanyak 14 kali, ayat al-Kursi sekali dan ayat: لقد جاءكم رسول.. Apabila baginda selesai daripada solatnya, aku bertanya kepada baginda berkaitan apa yang aku lihat baginda lakukan. Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan hal ini, baginya 20 kali haji yang mabrur dan puasa selama 20 tahun yang diterima. Sekiranya dia berpagi pada hari tersebut dalam keadaan berpuasa, baginya puasa selama dua tahun. Setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan dia berkata: Hadis ini seakan-akan hadis palsu dan ia adalah munkar kerana di dalam riwayatnya terdapat ramai perawi yang tidak dikenali (majhul). Selesai.
Ibn Hajar al-Makki telah berkata: Ibn al-Jauzi menyebutkannya di dalam kitab al-Mawdhu’at. Selain daripada Ibn al-Jauzi mengatakan bahawa sanad hadis ini ialah gelap gelita. Hasilnya hadis ini terlalu lemah dan juga gugur.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs