Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: قَدْ رَأَيْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ حَبْوًا.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Aku telah melihat Abd al-Rahman bin Auf memasuki syurga secara merangkak.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 401-402, hadis no. 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أحمد، وفي إسناده: عمارة، وهو يروى المناكير، وقد قال أحمد: هذا الحديث كذب منكر. قال ابن حجر: لم يتفرد به عمارة بن زاذان، فقد رواه البزار من طريق أغلب بن تميم، وأغلب شبيه عمارة بن زاذان في الضعف، لكن لم أر من اتهمه بالكذب، وقد روى من طريق أخرى فيها متروك. وقال النسائي: الحديث موضوع. وقال في اللآلىء: إن رجال إسناد البزار ثقات. وقال المنذري في الترغيب والترهيب: ورد من حديث جماعة من الصحابة، أن عبد الرحمن بن عوف: يدخل الجنة حبوا لكثرة ماله، ولا يسلم أجودها من مقال. ولا يبلغ شيء منها بانفراده درجة الحسن، انتهي.
Diriwayatkan oleh Ahmad. Pada sanadnya terdapat Ammarah, dan dia meriwayatkan hadith-hadith yang munkar. Ahmad berkata: Hadith ini dusta dan munkar. Ibn Hajar berkata: Ammarah bin Zazan tidak bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Al-Bazzar telah meriwayatkannya daripada jalan Aghlab bin Tamim. Aghlab menyerupai Ammarah bin Zazan dari sudut kelemahan. Tetapi aku tidak melihat sesiapa menuduhnya berdusta. Diriwayatkan juga oleh jalan lain yang padanya ada perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya).Al-Nasaie berkata: Hadith ini palsu. Dia berkata dalam al-Laali’: Perawi sanad al-Bazzar adalah thiqah. Al-Munziri berkata dalam al-Targhib wa al-Tarhib: Ia diriwayatkan daripada hadith sekumpulan sahabat, bahawa Abd al-Rahman bin Auf memasuki syurga dalam keadaan merangkak kerana hartanya yang banyak, tidak terlepas walaupun sanadnya yang paling baik daripada kritikan. Tiada suatupun daripada sanad-sanad ini secara bersendirian yang mencapai darjat hasan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman