Aku telah masuk ke rumah Rasulullah SAW ketika baginda sedang tidur

TEKS BAHASA ARAB

دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو نائم – أو يوحى إليه – وإذا حية في جانب البيت، فكرهت أن أقتلها فأوقظه، فاضطجعت بينه وبين الحية، فإن كان شيء كان بي دونه، فاستيقظ وهو يَتلو هذه الآية: ﴿إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا﴾ الآية. قال صلى الله عليه وسلم: ((قم إليها فاقتلها)). فقتلتها. فحمد الله ثم أخذ بيدي فقال: ((يا أبا رافع! سيكون بعدي قوم يقاتلون عليا؛ حقا على الله جهادهم، فمن لم يستطع جهادهم بيده؛ فبلسانه، فمن لم يستطع بلسانه؛ فبقَلبه، ليس وراء ذلك شيء)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah masuk ke rumah Rasulullah SAW ketika baginda sedang tidur – atau wahyu sedang diturunkan kepada baginda –. Ketika itu ada seekor ular berhampiran rumah baginda. Aku enggan membunuh ular itu kerana tidak ingin mengejutkan baginda. Lalu aku pun baring di antara baginda dan ular tersebut. Kalaulah berlaku apa-apa, aku yang akan kena dahulu. Lalu baginda tiba-tiba bangun dan membacakan ayat: {Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman}. Baginda SAW bersabda: “Bangun dan bunuhlah ular itu.” Lalu aku membunuhnya. Baginda memuji Allah, kemudian baginda mengambil tanganku seraya bersabda: “Wahai Abu Raafi’! Akan ada satu kaum selepas ketiadaan aku yang akan berperang melawan ‘Ali. Adalah suatu kewajipan Allah untuk berjihad melawan mereka. Barangsiapa yang tidak mampu memerangi kaum itu dengan tangannya, maka lawanlah dengan lisannya. Barangsiapa yang tidak mampu melawan dengan lisan, lawanlah dengan hatinya. Dan tiada lagi apa-apa selepas itu."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis nombor 9486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي رافع رضي الله عنه، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو نائم – أو يوحى إليه – وإذا حية في جانب البيت، فكرهت أن أقتلها فأوقظه، فاضطجعت بينه وبين الحية، فإن كان شيء كان بي دونه، فاستيقظ وهو يَتلو هذه الآية: ﴿إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا﴾ الآية. قال صلى الله عليه وسلم: ((قم إليها فاقتلها)). فقتلتها. فحمد الله ثم أخذ بيدي فقال: ((يا أبا رافع! سيكون بعدي قوم يقاتلون عليا؛ حقا على الله جهادهم، فمن لم يستطع جهادهم بيده؛ فبلسانه، فمن لم يستطع بلسانه؛ فبقَلبه، ليس وراء ذلك شيء)). [طب، (الضعيفة) (4910)]

(Palsu) Daripada Abu Raafi’ RA, dia berkata: Aku telah masuk ke rumah Rasulullah SAW ketika baginda sedang tidur – atau wahyu sedang diturunkan kepada baginda –. Ketika itu ada seekor ular berhampiran rumah baginda. Aku enggan membunuh ular itu kerana tidak ingin mengejutkan baginda. Lalu aku pun baring di antara baginda dan ular tersebut. Kalaulah berlaku apa-apa, aku yang akan kena dahulu. Lalu baginda tiba-tiba bangun dan membacakan ayat: {Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman}. Baginda SAW bersabda: “Bangun dan bunuhlah ular itu.” Lalu aku membunuhnya. Baginda memuji Allah, kemudian baginda mengambil tanganku seraya bersabda: “Wahai Abu Raafi’! Akan ada satu kaum selepas ketiadaan aku yang akan berperang melawan ‘Ali. Adalah suatu kewajipan Allah untuk berjihad melawan mereka. Barangsiapa yang tidak mampu memerangi kaum itu dengan tangannya, maka lawanlah dengan lisannya. Barangsiapa yang tidak mampu melawan dengan lisan, lawanlah dengan hatinya. Dan tiada lagi apa-apa selepas itu." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4910]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs