Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah diutuskan kepada manusia sejagat

Teks Bahasa Arab

بُعِثتُ إلى النَّاس كافَّةً، فإن لم يستَجيبوا لي فإلى العَربِ، فإن لم يستجيبوا لي فإلى قريشٍ، فإن لم يَستجيبوا لي فإلى بني هاشِمٍ، فإن لم يستَجيبوا لي فإليَّ وَحدي.

Teks Bahasa Melayu

Aku telah diutuskan kepada manusia sejagat. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada orang Arab. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada Quraisy. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada Bani Hāshim. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada diriku sendiri.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis no. 2519.

(موضوع) عن خالد بن معدان مرفوعا: «بعثت إلى الناس كافة، فإن لم يستجيبوا لي فإلى العرب، فإن لم يستجيبوا لي فإلى قريش، فإن لم يستجيبوا لي فإلى بني هاشم، فإن لم يستجيبوا لي فإلي وحدي». [ابن سعد، «الضعيفة» (3405)].

(Palsu) Daripada Khālid bin Ma‘dān secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Aku telah diutuskan kepada manusia sejagat. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada orang Arab. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada Quraisy. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada Bani Hāshim. Sekiranya mereka tidak menerimaku, maka kepada diriku sendiri". [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3405].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.