Aku telah diperlihatkan bahawa aku diletakkan di satu bahagian dacing

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أريت أني وضعت في كفة وأمتي في كفة فعدلتها ثم وضع أبو بكر في كفة وأمتي في كفة فعدلها ثم وضع عمر في كفة وأمتي في كفة فعدلها. ثم وضع عثمان في كفة وأمتي في كفة فعدلها ثم رفع الميزان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah diperlihatkan bahawa aku diletakkan di satu bahagian dacing, manakala umatku diletakkan di satu bahagian lain, ternyata aku lebih berat. Kemudian Abu Bakar diletakkan di satu bahagian, manakala umatku diletakkan di satu bahagian yang lain, ternyata Abu Bakr lebih berat. Kemudian ‘Umar diletakkan di satu bahagian dan umatku pula diletakkan di bahagian yang lain, ternyata ‘Umar lebih berat. Seterusnya ‘Uthman diletakkan di satu bahagian, dan umatku diletakkan di satu bahagian yang lain, ternyata ‘Uthman lebih berat. Namun setelah itu dacing tersebut diangkat.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1101, hadis nombor 5582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: أُرِيتُ أَنِّي وُضِعْتُ فِي كِفَّةٍ وَأُمَّتِي فِي كِفَّةٍ فَعَدَلْتُها ثُمَّ وُضِعَ أَبُو بَكْرٍ فِي كِفَّةٍ وَأُمَّتِي فِي كِفَّةٍ فَعَدَلَهَا ثمَّ وُضِعَ عُمَرُ فِي كِفَّةٍ وَأُمَّتِي فِي كِفَّةٍ فَعَدَلَهَا ثمَّ وُضِعَ عُثْمَانُ فِي كِفَّةٍ وَأُمَّتِي فِي كِفَّةٍ؛ فَعَدَلَهَا. ثُمَّ رُفِعَ الْمِيزَانُ. [طب، وفي مسند الشاميين، الضعيفة (7009)].

(Sangat lemah) Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku telah diperlihatkan bahawa aku diletakkan di satu bahagian dacing, manakala umatku diletakkan di satu bahagian lain, ternyata aku lebih berat. Kemudian Abu Bakr diletakkan di satu bahagian, manakala umatku diletakkan di satu bahagian yang lain, ternyata Abu Bakar lebih berat. Kemudian ‘Umar diletakkan di sebuah bahagian dan umatku pula diletakkan di bahagian yang lain, ternyata ‘Umar lebih berat. Seterusnya ‘Uthman diletakkan di satu bahagian, dan umatku diletakkan di satu bahagian yang lain, ternyata ‘Uthman lebih berat. Namun tiba-tiba dacing tersebut diangkat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7009]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.