Aku telah dimasukkan ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya ialah zuriat orang-orang yang beriman dan orang-orang miskin. Dan aku mendapati penghuninya yang paling sedikit ialah kaum wanita dan orang-orang kaya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis nombor 10423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن حِبان بن أبي جَبَلَة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء.
[هناد، ((الضعيفة)) (6970)]

(Munkar)
Daripada Ḥibbān bin Abū Jablah: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Aku telah dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya ialah zuriat orang-orang yang beriman dan orang-orang miskin. Dan aku mendapati penghuninya yang paling sedikit ialah kaum wanita dan orang-orang kaya.
[Riwayat Hanād dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.