Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُدْخِلْتُ الْجَنَّةَ؛ فَوَجَدْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا ذُرِّيَّةَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْفُقَرَاءِ، وَوَجَدْتُ أَقَلَّ أَهْلِهَا النِّسَاءَ وَالْأَغْنِيَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya ialah zuriat orang-orang yang beriman dan orang-orang miskin. Dan aku mendapati penghuninya yang paling sedikit ialah kaum wanita dan orang-orang kaya.
Sahabat Perawi
- Hibban bin Abu Jablah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis no. 10423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حِبان بن أبي جَبَلَة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أدخلت الجنة؛ فوجدت أكثر أهلها ذرية المؤمنين والفقراء، ووجدت أقل أهلها النساء والأغنياء. [هناد، ((الضعيفة)) (6970)]
(Munkar) Daripada Ḥibbān bin Abū Jablah: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Aku telah dimasukkan ke dalam syurga, lalu aku mendapati kebanyakan penghuninya ialah zuriat orang-orang yang beriman dan orang-orang miskin. Dan aku mendapati penghuninya yang paling sedikit ialah kaum wanita dan orang-orang kaya. [Riwayat Hanād dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6970]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman