Aku telah dilahirkan pada zaman Raja yang adil iaitu Kisra

TEKS BAHASA ARAB

ولدت في زمن الملك العادل كسرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah dilahirkan pada zaman Raja yang adil iaitu Kisra.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 103, hadis nombor 500. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

نقل الحافظ ابن رجب، عن الشيخ أبي عمرو بن قدامة، أنه قال: جاء في الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم قال، وذكره، ولا يصح لانقطاع سنده، بل الزركشي: إنه كذب باطل، وجاء عن بعض الصالحين، أنه رأى النبي صلى الله عليه وسلم في المنام فقال يا رسول الله بلغني أنك ولدت في زمن الملك العادل كسرى. وإني سألت الحكم أبا عبد الله الحافظ عن هذا فقال: هذا كذب لم يقله رسول الله صلى الله عليه وسلم: فقال النبي صلى الله عليه وسلم صدق أبو عبد الله، وقال الحليمي إنه لا يصح ولا يجوز أن يسمي رسول الله صلى الله عليه وسلم من يحكم بغير حكم الله: عادلا.

Al-Hafiz Ibn Rajab telah menukilkan daripada al-Shaikh Abi 'Amr bin Qudamah bahawa beliau berkata: Telah datang dalam hadith bahawa Nabi SAW mengucapkannya dan menyebutkannya. Namun, tidak sahih kerana terputus sanadnya, bahkan al-Zarkashi berkata: “Sesungguhnya ia dusta lagi batil”. Juga turut datang riwayat daripada sebahagian orang-orang soleh bahawa dia melihat Nabi SAW dalam mimpi, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah! Telah sampai berita kepadaku bahawa anda telah dilahirkan pada zaman seorang raja yang adil iaitu Kisra”. Saya juga telah bertanya kepada al-Hakim Aba 'Abdillah al-Hafiz tentang ini, lalu beliau berkata: “Ini dusta, Rasulullah SAW tidak pernah mengucapkannya”. Nabi SAW pun bersabda (kepada orang soleh tersebut): “Abu 'Abdillah benar”. Al-Hulaimi juga berkata: “Sesungguhnya ianya tidak sahih, tidak sepatutnya bagi Rasulullah SAW menyebutkan kepada orang yang berhukum dengan selain hukum Allah sebagai seorang yang adil”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs