Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وُلِدْتُ فِي زَمَنِ الْمَلِكِ الْعَادِلِ كِسْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah dilahirkan pada zaman Raja yang adil iaitu Kisra.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 103, hadis no. 500. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Hafiz Ibn Rajab telah menukilkan daripada al-Shaikh Abi 'Amr bin Qudamah bahawa beliau berkata: Telah datang dalam hadith bahawa Nabi SAW mengucapkannya dan menyebutkannya. Namun, tidak sahih kerana terputus sanadnya, bahkan al-Zarkashi berkata: "Sesungguhnya ia dusta lagi batil". Juga turut datang riwayat daripada sebahagian orang-orang soleh bahawa dia melihat Nabi SAW dalam mimpi, lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Telah sampai berita kepadaku bahawa anda telah dilahirkan pada zaman seorang raja yang adil iaitu Kisra". Saya juga telah bertanya kepada al-Hakim Aba 'Abdillah al-Hafiz tentang ini, lalu beliau berkata: "Ini dusta, Rasulullah SAW tidak pernah mengucapkannya". Nabi SAW pun bersabda (kepada orang soleh tersebut): "Abu 'Abdillah benar". Al-Hulaimi juga berkata: "Sesungguhnya ianya tidak sahih, tidak sepatutnya bagi Rasulullah SAW menyebutkan kepada orang yang berhukum dengan selain hukum Allah sebagai seorang yang adil".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman