Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah diberikan surah al-Baqarah daripada zikir yang awal

Teks Bahasa Arab

أعطيتُ سورةَ البقرةِ منِ الذِّكرِ الأولِ، وأعطيتُ طهَ والطواسينَ منْ ألواحِ موسى، وأعطيتُ فاتحةَ الكتابِ وخواتيمَ البقرةِ منْ تحتِ العرشِ، وأعطيتُ المفصَّلَ نافلةً.

Teks Bahasa Melayu

Aku telah diberikan surah al-Baqarah daripada zikir yang awal, aku diberikan surah Taha dan al-Tawasin daripada luh-luh Musa (Taurat), aku diberikan surah al-Fatihah dan penutup-penutup surah al-Baqarah dari bawah 'Arash dan aku diberikan surah al-Mufassal sebagai tambahan.

Sahabat Perawi

  1. Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis no. 6392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معقل بن يسار المزني رضي الله عنه مرفوعا: أعطيت سورة البقرة من الذكر الأول، وأعطيت طه والطواسين من ألواح موسى، وأعطيت فاتحة الكتاب وخواتيم البقرة من تحت العرش، وأعطيت المفصل نافلة. [ابن عساكر، يوسف ابن عبد الهادي في ((هداية الإنسان))، ابن السني، ((الضعيفة)) (2826)]

(Lemah) Daripada Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah diberikan surah al-Baqarah daripada zikir yang awal, aku diberikan surah Taha dan al-Tawasin daripada luh-luh Musa (Taurat), aku diberikan surah al-Fatihah dan penutup-penutup surah al-Baqarah dari bawah 'Arash dan aku diberikan surah al-Mufassal sebagai tambahan. [Riwayat Ibn 'Asakir, Yusuf Ibn 'Abd al-Hadi dalam Hidayah al-Insan, Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 2826]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.