Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعطيتُ آيةَ الكرسيِّ منْ تحتِ العرشِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah diberikan ayat Kursi di bawah 'Arash.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis no. 6391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال النبي صلى الله عليه وسلم: أعطيت آية الكرسي من تحت العرش. [تخ، ((الضعيفة)) (2825)]
(Lemah) Daripada al-Hasan, Nabi SAW bersabda: Aku telah diberikan ayat Kursi di bawah 'Arash. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2825]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman