Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نصرت بالصبا وكانت عذابا على من قبلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur). Ia merupakan azab bagi kaum sebelumku.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis nombor 5463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن محمد بن عمرو أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: نصرت بالصبا وكانت عذابًا على من قبلي. [الشافعي في مسنده، الضعيفة (5252)]

(Sangat lemah) Daripada Muhammad bin ‘Amr bahawasanya Nabi SAW bersabda: Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur), ia merupakan azab bagi kaum sebelumku. [Riwayat al-Shafi‘i dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5252]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.