Aku telah bertemu Rasulullah ﷺ ketika baginda bangun menuju ke masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حضرت رسول الله ﷺ حين نهض إلى المسجد ، فدخل المحراب [ يعني : موضع المحراب ] ثم رفع يديه بالتكبير ، ثم و ضع يمينه على يسراه على صدره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah bertemu Rasulullah ﷺ ketika baginda bangun menuju ke masjid, lalu baginda memasuki mihrab (yakni: ruang mihrab). Kemudian baginda mengangkat kedua tangan baginda bertakbir, lalu baginda meletakkan tangan kanan baginda di atas tangan kiri baginda di atas dada baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345, hadis nombor 1814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وائل -رضي الله عنه-، قال: «حضرت رسول الله ﷺ حين نهض إلى المسجد، فدخل المحراب [يعني: موضع المحراب]، ثم رفع يديه بالتكبير، ثم وضع يمينه على يسراه على صدره». [البزار، هق، طب، «الضعيفة» (449)]

(Lemah) Daripada Wā`il RA, beliau telah berkata: Aku telah bertemu Rasulullah ﷺ ketika baginda bangun menuju ke masjid, lalu baginda memasuki mihrab (yakni: ruang mihrab). Kemudian baginda mengangkat kedua tangan baginda bertakbir, lalu baginda meletakkan tangan kanan baginda di atas tangan kiri baginda di atas dada baginda. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 449]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.