Aku telah bertemu dengan Aishah bersama ibuku dan ibu saudaraku

TEKS BAHASA ARAB

كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع ثم يلتزم صدرها وثدييها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda menyuruh kami apabila salah seorang dari kami haid, untuk membuka butang di bahagian atas dengan luas, kemudian ia mengamati dada dan payu daranya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis nombor 4931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جميع بن عمير قال: دخلت على عائشة مع أمي وخالتي فسألتاها: كيف كان رسول الله ﷺ يصنع إذا حاضت إحداكن؟ قالت: كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع ثم يلتزم صدرها وثدييها.
[ن، ((الضعيفة))(5705)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Jami’ bin Umair telah berkata: Aku telah bertemu dengan Aishah bersama ibuku dan ibu saudaraku lalu mereka berdua bertanyakan kepada Aishah: Bagaimana Rasulullah lakukan jika salah seorang dari kalian (isteri Nabi) dalam keadaan haid? Jawab Aishah: Baginda menyuruh kami apabila salah seorang dari kami haid, untuk membuka butang di bahagian atas dengan luas, kemudian ia mengamati dada dan payu daranya.
[Riwayat al-Nasaie dalam Sunan-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5705].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs