Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتَّزرَ بإزارٍ واسعٍ ثمَّ يلتزمُ صدرَها وثدييْها.
Teks Bahasa Melayu
Baginda menyuruh kami apabila salah seorang dari kami haid, untuk membuka butang di bahagian atas dengan luas, kemudian ia mengamati dada dan payu daranya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis no. 4931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جميع بن عمير قال: دخلت على عائشة مع أمي وخالتي فسألتاها: كيف كان رسول الله ﷺ يصنع إذا حاضت إحداكن؟ قالت: كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع ثم يلتزم صدرها وثدييها. [ن، الضعيفة(5705)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Jami’ bin Umair telah berkata: Aku telah bertemu dengan Aishah bersama ibuku dan ibu saudaraku lalu mereka berdua bertanyakan kepada Aishah: Bagaimana Rasulullah lakukan jika salah seorang dari kalian (isteri Nabi) dalam keadaan haid? Jawab Aishah: Baginda menyuruh kami apabila salah seorang dari kami haid, untuk membuka butang di bahagian atas dengan luas, kemudian ia mengamati dada dan payu daranya. [Riwayat al-Nasaie dalam Sunan-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5705].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman