Batil

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah bertanya kepada Tuhanku tentang perselisihan para sahabatku selepas kewafatanku

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: سَأَلت رَبِّي: فِيمَا يخْتَلف فِيهِ أَصْحَابِي من بعدِي؟ فَأوحى الله إِلَيّ: يَا مُحَمَّد إِن أَصْحَابك عِنْدِي بِمَنْزِلَة النُّجُوم من السَّمَاء، بَعضهم أَضْوَأ من بعض، فَمن أَخذ بِشَيْء مِمَّا هم عَلَيْهِ من اخْتلَافهمْ فَإِنَّهُ عِنْدِي على هدى.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Aku telah bertanya kepada Tuhanku tentang perselisihan para sahabatku selepas kewafatanku. Dia mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya para sahabatmu di sisi-Ku seperti kedudukan bintang-bintang dilangit. Sebahagiannya lebih terang berbanding sebahagian lain. Sesiapa yang berpegang dengan mana-mana pendirian yang diperselisihkan oleh mereka, maka di sisi-Ku dia tetap berada atas petunjuk.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 95, hadis no. 242. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: هذا حديث باطل، وقال ابن حجر في تخريج المختصر: حديث غريب، سئل عنه البزار فقال: لا يصح هذا الكلام عن النبي صلى الله عليه وسلم.

Al-Zahabi dalam al-Mizan berkata: Ini adalah hadis batil. Ibn Hajat berkata dalam Takhrij al-Mukhtasar: hadis gharib. Al-Bazzar pernah ditanya tentangnya, lalu beliau berkata: Tidak sahih ucapan ini daripada Nabi SAW.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.