TEKS BAHASA ARAB
سألت ربي عز وجل فيما يختلف فيه أصحابي من بعدي، فأوحى إلي: يا محمد، إن أصحابك عندي بمنزلة النجوم في السماء، بعضها أضوء من بعض، فمن أخذ بشيء مما هم عليه من اختلافهم فهو عندي على هدى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku telah bertanya kepada Rabku tentang perselisihan para sahabatku selepas kewafatanku, lalu Dia mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya para sahabatmu di sisi-Ku seperti kedudukan bintang-bintang di langit. Sebahagiannya lebih terang berbanding sebahagian lain. Sesiapa yang berpegang dengan mana-mana pendirian yang diperselisihkan oleh mereka, maka di sisi-Ku dia tetap berada di atas petunjuk.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 43, hadis nombor 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Zaid bin al-Hawari, beliaulah yang mendustakannya. Para huffaz seperti Ibn Hibban, al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, al-Zahabi, dan sekumpulan (ahli hadith) menyebutkan secara pasti bahawa hadith ini dan hadith yang semakna dengannya seperti hadith: Para sahabatku seperti bintang, kesemuanya batil lagi palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.