Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَأَلْتُ رَبِّي فِيما تَخْتَلِفُ فِيهِ أَصْحَابِي مِنْ بَعْدِي فَأَوْحَى إِلَيَّ: يَا مُحَمَّدُ إِنَّ أَصْحَابَكَ عِنْدِي بِمَنْزِلَةِ النُّجُومِ فِي السَّمَاءِ بَعْضُهَا أَضْوَءُ مِنْ بَعْضٍ فَمَنْ أخَذَ بِشَيْءٍ مِمَّا هُمْ عليه من اختلافهم فهو عندي على هدى
Teks Bahasa Melayu
Aku telah bertanya kepada Rabku tentang perselisihan para sahabatku selepas kewafatanku, lalu Dia mewahyukan kepadaku: "Wahai Muhammad! Sesungguhnya para sahabatmu di sisi-Ku seperti kedudukan bintang-bintang di langit. Sebahagiannya lebih terang berbanding sebahagian lain. Sesiapa yang berpegang dengan mana-mana pendirian yang diperselisihkan oleh mereka, maka di sisi-Ku dia tetap berada di atas petunjuk
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 43, hadis no. 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Zaid bin al-Hawari, beliaulah yang mendustakannya. Para huffaz seperti Ibn Hibban, al-'Uqaili, Ibn al-Jawzi, al-Zahabi, dan sekumpulan (ahli hadith) menyebutkan secara pasti bahawa hadith ini dan hadith yang semakna dengannya seperti hadith: Para sahabatku seperti bintang, kesemuanya batil lagi palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman