Aku telah bersumpah pada diri-Ku untuk tidak memasukkan ke dalam neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

 آلَيْتُ عَلَى نَفْسِي أَنْ لا يَدْخُلَ النَّارَ مَنِ اسْمُهُ أحمد ولا محمد

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Allah berfirman) Aku telah bersumpah pada diri-Ku untuk tidak memasukkan ke dalam neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

… Juga hadis berikutnya,
آلَيْتُ عَلَى نَفْسِي أَنْ لا يَدْخُلَ النَّارَ مَنِ اسْمُهُ أحمد ولا محمد
“(Allah berfirman) Aku telah bersumpah pada diri-Ku untuk tidak memasukkan ke dalam neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.”
———————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (1/240-241), beliau berkata: Diriwayatkan hadis-hadis dalam bab ini tetapi tidak ada satu pun yang sahih.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon