Aku telah berjumpa dengan Nabi SAW ketika Baginda berada di bilik lalu berkata: Wahai Ummu al-Fadhl, sesungguhnya kamu hamil

TEKS BAHASA ARAB

نعم يا عباس! إذا كانت سنة خمس وثلاثين ومائة؛ فهي لك ولولدك، منهم السفاح، ومنهم المنصور، ومنهم المهدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Benar wahai ‘Abbas, sekiranya ia tahun 135, maka ia untuk engkau dan anak engkau, di antara mereka ada yang diberi kemaafan, diberi pertolongan dan diberi petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis nombor 4916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أم الفضل بنت الحارث الهلالية – رضي الله عنها – قالت: مررت بالنبي ﷺ وهو في الحجر، فقال: يا أم الفضل! إنك حامل بغلام. قالت: يا رسول الله! وكيف وقد تحالف الفريقان أن لا يأتوا النساء؟ قال: هو ما أقول لك، فإذا وضعتيه؛ فأتيني به. قالت: فلما وضعته؛ أتيت به رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى، وقال: اذهبي بأبي الخلفاء. قالت: فأتيت العباس فأعلمته، وكان رجلا جميلا لباسا، فأتى النبي ﷺ، فلما رآه رسول الله ﷺ؛ قام إليه فقبل بين عينيه، ثم أقعده عن يمينه، ثم قال: هذا عمي، فمن شاء؛ فليباه بعمه. قالت: يا رسول الله بعض هذا القول، فقال: يا عباس! لم لا أقول هذا القول؟ وأنت عمي، وصنو أبي، وخير من أخلف بعدي من أهلي! فقلت: يا رسول الله! ما شيء أخبرتني به أم الفضل عن مولودنا هذا؟ قال نعم يا عباس! إذا كانت سنة خمس وثلاثين ومائة؛ فهي لك ولولدك، منهم السفاح، ومنهم المنصور، ومنهم المهدي.
[أبو نعيم في ((الدلائل))، خط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية)) ((الضعيفة))(5625، 6145)]

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ummu al-Fadhl binti al-Haris al-Halaliah RA telah berkata: Aku telah berjumpa dengan Nabi SAW ketika Baginda berada di bilik lalu berkata: Wahai Ummu al-Fadhl, sesungguhnya kamu hamil. Ummu al-Fadhl menjawab: Bagaimana mungkin dua pihak telah bersumpah bahawa mereka tidak akan bersetubuh dengan isteri-isteri mereka. Nabi SAW bersabda: Demikianlah sebagaimana yang kukatakan. Nanti apabila engkau melahirkannya bawalah ia kepadaku. Ummu al-Fadhl berkata: Dan setelah melahirkannya, aku membawanya kepada Rasulullah SAW lalu Baginda mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya. Lalu Baginda SAW bersabda: Pergilah engkau dengan Abi Khulafa’. Maka Ummu Al-Fadhl berkata: Aku pergi kepada al-‘Abbas, dan memberitahunya. Beliau ialah seorang lelaki yang cantik pakaiannya. Kemudian Nabi SAW tiba. Ketika baginda SAW melihatnya, baginda bangun dan memberi kucupan di antara dahinya, kemudian mendudukkannya di sisi baginda SAW. Kemudian bersabda: Ini pak cikku, siapa yang mahu banggalah dengan pakciknya. Um al-Fadhl berkata: Wahai Rasulullah, sebahagian ucapan ini. Baginda SAW bersabda: Wahai Abbas, kenapa aku tidak mengungkapkan perkataan ini. Engkau pak cikku, kerabat bapaku, dan sebaik-baik sesiapa yang menggantikanku selepas ini daripada keluargaku. Aku berkata: Apa yang diberitahu Um al-Fadhl berkaitan kelahiran kita ini? Baginda SAW bersabda: Benar wahai ‘Abbas, sekiranya ia tahun 135, maka ia untuk engkau dan anak engkau, di antara mereka ada yang diberi kemaafan, diberi pertolongan dan diberi petunjuk.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Dalail, al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Tarikh al-Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahibah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5625, 6145].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs