Aku telah berjumpa dengan Ibnu Umar lalu dia bertanya kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لقيت ابن عمر فقال لي: ممن أنت؟ قلت: من أهل عمان. قال: من أهل عمان؟ قلت: نعم، قال: أفلا أحدثك ما سمعت من رسول الله -صلى الله عليه وسلم -؟! قلت: بلی! فقال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بجانبها -وفي رواية: بناحيتها – البحر؛ الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah berjumpa dengan Ibn ‘Umar lalu dia bertanya kepadaku: "Kamu (berasal) dari mana?" Aku berkata: "Dari keluarga Oman." Dia bertanya: "Dari keluarga Oman?" Aku menjawab: "Ya." Dia berkata: "Mahukah jika aku ceritakan kepadamu apa yang aku dengar dari Rasulullah SAW?" Aku menjawab: "Semestinya!" Maka dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku tahu satu negeri yang disebut sebagai Oman; mengalir di sebelahnya -pada riwayat lain: di sisinya- lautan. Memulakan haji dari negeri itu lebih baik dari dua haji bermula dari negeri lain."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1891, hadis nombor 9520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن هادية، قال: لقيت ابن عمر فقال لي: ممن أنت؟ قلت: من أهل عمان. قال: من أهل عمان؟ قلت: نعم، قال: أفلا أحدثك ما سمعت من رسول الله -صلى الله عليه وسلم -؟! قلت: بلی! فقال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بجانبها -وفي رواية: بناحيتها – البحر؛ الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها)). [حم، ((الضعيفة)) (5173)].

(Lemah) Daripada al-Hasan bin Hadiyah berkata: Aku telah berjumpa dengan Ibn ‘Umar lalu dia bertanya kepadaku: "Kamu (berasal) dari mana?" Aku berkata: "Dari keluarga Oman." Dia bertanya: "Dari keluarga Oman?" Aku menjawab: "Ya." Dia berkata: "Mahukah jika aku ceritakan kepadamu apa yang aku dengar dari Rasulullah SAW?" Aku menjawab: "Semestinya!" Maka dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku tahu satu negeri yang disebut sebagai Oman; mengalir di sebelahnya -pada riwayat lain: di sisinya- lautan. Memulakan haji dari negeri itu lebih baik dari dua haji bermula dari negeri lain." [Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5173]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.