Aku telah berjalan pada malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku naik ke langit (Isra’ Mi’raj), aku telah bertembung dengan seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arash. Aku tanya: Siapakah dia? Malaikat? Dikatakan: Bukan. Aku berkata lagi: Nabi? Dikatakan: Bukan. Aku berkata lagi: Siapakah dia? Dikatakan kepadaku: Lelaki ini ketika di dunia lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah dan hatinya terpaut pada masjid-masjid serta tidak pernah derhaka sekalipun kepada ibu bapanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis nombor 8057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الخارق قال: [قال] رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط)).

(Munkar)
Daripada Abu al-Mukhariq beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Pada malam aku naik ke langit (Isra’ Mi’raj), aku telah bertembung dengan seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arash. Aku tanya: Siapakah dia? Malaikat? Dikatakan: Bukan. Aku berkata lagi: Nabi? Dikatakan: Bukan. Aku berkata lagi: Siapakah dia? Dikatakan kepadaku: Lelaki ini ketika di dunia lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah dan hatinya terpaut pada masjid-masjid serta tidak pernah derhaka sekalipun kepada ibu bapanya.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6845].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.