Aku suka jika ada penghadang antara aku dan penduduk Najran

TEKS BAHASA ARAB

لوددت أن بيني وبين أهل نجران حجابا من شدة ما كانوا يجادلونه صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku suka jika ada penghadang antara aku dan penduduk Najran kerana kerasnya perdebatan mereka dengan Nabi SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1935, hadis nombor 9706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله الحارث بن جزء: أن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: لَوَدِدْتُ أَنَّ بَيْنِي وَبَيْن أَهل نَجْرَانَ حجاباً، من شِدَّةِ ما كَانُوا يُجَادِلُونه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
[ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، البزار، ((الضعيفة)) (6404)]

(Lemah)
Daripada Abdullah Bin Al-Harith Bin Juz’in bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku suka jika ada penghadang antara aku dan penduduk Najran kerana kerasnya perdebatan mereka dengan Nabi SAW.
[Riwayat Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misra dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6404]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.