Aku sudah menjadi nabi sedangkan Adam antara air dan tanah

TEKS BAHASA ARAB

كنت نبيا وآدم بين الماء والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku sudah menjadi nabi sedangkan ketika itu Adam masih antara air dan tanah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis nombor 8964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((كنت نبيا وآدم بين الماء والطين)). [ذكره السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (302)]

(Palsu)
Aku sudah menjadi nabi sedangkan ketika itu Adam masih antara air dan tanah.
[Disebutkan oleh al-Suyūṭī dalam Dhayl al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs