Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنتُ نبيًا وآدمُ بين الماءِ والطينِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku sudah menjadi nabi sedangkan ketika itu Adam masih antara air dan tanah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis no. 8964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع): ((كنت نبيا وآدم بين الماء والطين)). [ذكره السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (302)]
(Palsu) Aku sudah menjadi nabi sedangkan ketika itu Adam masih antara air dan tanah. [Disebutkan oleh al-Suyūṭī dalam Dhayl al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 302]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman