Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنتُ نَبيًّا ولا آدَمَ ولا ماءَ ولا طينَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku sudah menjadi nabi ketika Adam belum lagi wujud, tidak juga air dan tidak juga tanah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis no. 8965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((كنت نبيا ولا آدم ولا ماء ولا طين)). [ذكره السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (303)]
(Palsu) Aku sudah menjadi nabi ketika Adam belum lagi wujud, tidak juga air dan tidak juga tanah. [Disebutkan oleh al-Suyūṭī dalam Dhayl al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 303]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman