Aku sudah dilantik menjadi nabi

TEKS BAHASA ARAB

كنت نبيا وآدم بين الماء والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku sudah dilantik menjadi nabi ketika Adam masih lagi berada antara air dan tanah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis nombor 301. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا اللفظ بل بألفاظ أخر منها ما جاء عن عمر: متى جعلت نبيا. قال وآدم منجدل في طينته كنت كنزا مخفيا لا أعرف فأحببت أن أعرف فخلقت خلقا فعرفتهم وفي لفظ فتعرفت إليهم فبي عرفوني. هو مشهور عند الصوفية واعتمدوه وبنوا عليه أصولهم وأنكره ابن تيمية والزركشي وابن حجر والسيوطي وغيرهم.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, bahkan lafaz-lafaz lain yang antaranya telah diriwayatkan daripada ‘Umar: “Bilakah anda dilantik sebagai nabi?”, jawab Baginda: “Ketika Adam masih terbaring dalam tanahnya”. (Allah berfirman): “Aku dahulu adalah satu khazanah yang tersembunyi, Aku tidak dikenali, lalu Aku ingin dikenali, maka Aku ciptakan satu makhluk, Aku pun memperkenalkan diriKu kepada mereka”, dalam lafaz lain: “Lalu Aku memperkenalkanKu kepada mereka, maka mereka pun mengenaliKu”. Ia masyhur di sisi golongan sufi dan mereka berpegang dengan hadith tersebut dan membina usul mereka berdasarkan hadith tersebut. Ibn Taimiyyah, al-Zarkashi, Ibn Hajar, al-Suyuti dan lain-lain mengingkarinya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs