Aku solat di belakang Nabi SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم وخلف أبي بكر وعمر اثنتي عشرة سنة وخلف علي بالكوفة خمس سنين فلم يرفع أحد منهم يديه إلا في تكبيرة الافتتاح وحدها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku solat di belakang Nabi SAW. Aku juga pernah solat di belakang Abu Bakar dan Umar selama dua belas tahun. Aku solat di belakang Ali selama lima tahun di Kufah. Tiada seorang pun daripada mereka mengangkat tangan kecuali ketika takbiratul ihram.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

صبغ بن خليل ثنا الغازي بن قيس عن سلمة بن وردان عن ابن شهاب عن الربيع بن خيثم عن ابن مسعود «قال صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم وخلف أبي بكر وعمر اثنتي عشرة سنة وخلف علي بالكوفة خمس سنين فلم يرفع أحد منهم يديه إلا في تكبيرة الافتتاح وحدها» أصبغ كان حافظا للرأي على مذهب مالك ودارت عليه الفتيا ولم يكن له علم بالحديث بل كان يعاديه ويعادي أصحابه فافتعل للتعصب لما رأى عن مالك من ترك اليدين ووقف الناس على كذبه فإن سلمة لم يرو عن الزهري ولم يرو عن الربيع ولا رآه وقد مات ابن مسعود في خلافة عثمان بالإجماع، وفي الميزان هو من وضع أصبغ.

Asbagh bin Khalil berkata: Al-Ghazi bin Qays menceritakan kepada kami daripada Salamah bin Wardan daripada Ibn Syihab daripada al-Rabi’ bin Khaitham daripada Ibn Mas’ud:
“Aku solat di belakang Nabi SAW. Aku juga pernah solat di belakang Abu Bakar dan Umar selama dua belas tahun. Aku solat di belakang Ali selama lima tahun di Kufah. Tiada seorang pun daripada mereka mengangkat tangan kecuali sekali ketika takbiratul ihram.”
Asbagh adalah seorang yang sangat berpegang kepada al-ra’yu (akal) yang berada di atas mazhab Imam Malik. Beliau banyak berfatwa. Akan tetapi beliau tidak mempunyai pengetahuan berkenaan ilmu hadith. Beliau bermusuh dengan ilmu hadith dan mereka yang bergelumang dengan ilmu hadith. Maka beliau mereka-reka hadith disebabkan sikap taksub apabila beliau melihat Imam malik meninggalkan mengangkat tangan. Orang ramai mula mempercayai pendustaan yang dilakukan oleh beliau.
Salamah pula tidak pernah meriwayatkan hadith daripada al-Zuhri mahupun al-Rabi’ bahkan beliau tidak pernah melihat al-Zuhri. Ibn Mas’ud telah meninggal dunia ketika zaman pemerintah Uthman secara ijmak. Di dalam kitab al-Mizan menyebut bahawa hadith ini adalah hasil daripada pemalsuan Asbagh.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.