Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

صليت مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بـ (منى) ركعتين، ومع أبي بكر ركعتين، ومع ‌عمر ‌ركعتين، ومع عثمان صدرا من خلافته ركعتين، ثم أتمها عثمان أربعاً، حين اتخذ الأموال بـ (مكة)، وأجمع على إقامته بعد الحج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar 2 rakaat dan Umar 2 rakaat. Juga bersama Uthman ketika awal pemerintahannya sebanyak 2 rakaat. Kemudian Uthman menyempurnakannya menjadi empat ketika dia mengambil harta di Mekah dan berazam untuk menetap selepas haji.

STATUS

Munkar dengan lafaz “Ketika mengambil dan menetap”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis nombor 3893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بالذكر: ((الاتخاذ)) و ((الإقامة))) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: ((صليت مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بـ (منى) ركعتين، ومع أبي بكر ركعتين، ومع ‌عمر ‌ركعتين، ومع عثمان صدرا من خلافته ركعتين، ثم أتمها عثمان أربعا، حين اتخذ الأموال بـ (مكة)، وأجمع على إقامته بعد الحج)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6926)]

(Munkar dengan lafaz “Ketika mengambil dan menetap”) Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar 2 rakaat dan Umar 2 rakaat. Juga bersama Uthman ketika awal pemerintahannya sebanyak 2 rakaat. Kemudian Uthman menyempurnakannya menjadi empat ketika dia mengambil harta di Mekah dan berazam untuk menetap selepas haji.
[Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6926]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs