Munkar Dengan Sebutan “ketika mengambil dan menetap”

30/06/2024

minit bacaan



Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat

Teks Bahasa Arab

صلَّيتُ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بمنًى ركعتينِ ومع أبي بكرٍ ركعتينِ ومع عمرَ ركعتينِ ومع عثمانَ صدرًا من خلافتِهِ ركعتينِ، ثم أَتَمَّهَا عثمانُ أربعًا، حين اتخذَ الأموالَ بمكةَ وأجمعَ على إقامتَهُ بعدَ الحجِّ.

Teks Bahasa Melayu

Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar 2 rakaat dan Umar 2 rakaat. Juga bersama Uthman ketika awal pemerintahannya sebanyak 2 rakaat. Kemudian Uthman menyempurnakannya menjadi empat ketika dia mengambil harta di Mekah dan berazam untuk menetap selepas haji.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Sebutan “ketika mengambil dan menetap”

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis no. 3893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بالذكر: ((الاتخاذ)) و ((الإقامة))) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: ((صليت مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بـ (منى) ركعتين، ومع أبي بكر ركعتين، ومع ‌عمر ‌ركعتين، ومع عثمان صدرا من خلافته ركعتين، ثم أتمها عثمان أربعا، حين اتخذ الأموال بـ (مكة)، وأجمع على إقامته بعد الحج)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6926)]

(Munkar Dengan Sebutan “ketika mengambil dan menetap”) Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku solat bersama Rasulullah SAW di Mina sebanyak 2 rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar 2 rakaat dan Umar 2 rakaat. Juga bersama Uthman ketika awal pemerintahannya sebanyak 2 rakaat. Kemudian Uthman menyempurnakannya menjadi empat ketika dia mengambil harta di Mekah dan berazam untuk menetap selepas haji. [Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6926]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.