Aku solat bersama Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: صليت مع النبي صلى الله عليه وآله وسلم ومع أبي بكر وعمر فلم يكونوا يرفعون أيديهم إلا عند افتتاح الصلاة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku solat bersama Nabi SAW, Abu Bakar dan umar, tidaklah mereka mengangkat tangan melainkan pada pembukaan solat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الحاكم عن ابن مسعود مرفرعا وهو موضوع.
والمتهم به: محمد بن جابر اليمامي.
وقال السيوطي في اللآلىء: له طريق أخرى أخرجها أبو داود والترمذي وحسنة وابن حزم وصححه. وقد ضعفه ابن المبارك وأحمد والبخاري.
وقال النووي في الخلاصة: اتفقوا على تضعيف هذا الحديث. انتهى.
وقد عارضه أحاديث متواترة عن نحو عشرين صحابيا والمثبت مقدم على النافي على فرض صلاحية هذا الحديث الفرد للاعتبار فكيف وهو كما ترى؟

al-Hakim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud secara marfu’ (yakni menyandarkannya kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu.
Perawi yang dituduh berdusta adalah Muhammad bin Jabir al-Yamami.
al-Suyuthi berkata di dalam Kitabnya al-La’ali: Hadith ini mempunyai jalan riwayat lain oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi menilainya sebagai hasan. Juga Ibn Hazam menilainya sebagai sahih.
Hadith ini dinilai dhaif oleh Ibn al-Mubarak, Imam Ahmad dan al-Bukhari.
al-Nawawi berkata di dalam kitabnya al-Khulasah: Ulama bersepakat mendaifkan hadith ini.
Hadith ini telah menyalahi hadith-hadith mutawatir daripada riwayat sekitar dua puluh orang sahabat. Kaedah menyebutkan amalan yang menthabitkan didahulukan ke atas amalan yang menafikan (maka ia didahulukan) ke atas kelayakan hadith yang bersendirian perawinya untuk disokong. Bagaimana mungkin sebagaimana yang anda lihat?.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs