Aku seorang Nabi bahkan aku tidak berdusta. Aku adalah cucu ‘Abd al-Muttalib

TEKS BAHASA ARAB

أنا النبي لا كذب أنا ابن عبد المطلب أنا أعرب العرب ولدتني قريش ونشأت في بني سعد بن بكر فأنى يأتيني اللحن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku seorang Nabi bahkan aku tidak berdusta. Aku adalah cucu ‘Abd al-Muttalib. Aku adalah orang arab yang paling tulen, suku Quraisy telah melahirkanku, suku Sa‘ad bin Bakr telah membesarkanku, bagaimana mungkin aku melakukan kesalahan dalam percakapan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis nombor 5675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَنَا النَّبِيُّ لا كَذِبْ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ أَنَا أَعْرَبُ الْعَرَبِ وَلَدَتْنِي قُرَيْشٌ ونَشَأْتُ فِي بني سَعْدِ بن بَكْرٍ فَأَنَّى يَأْتِينِي اللَّحْنُ. [طب، الضعيفة (7063)].

(Palsu) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku seorang Nabi bahkan aku tidak berdusta. Aku adalah cucu ‘Abd al-Muttalib. Aku adalah orang arab yang paling tulen, suku Quraisy telah melahirkanku, suku Sa‘ad bin Bakr telah membesarkanku, bagaimana mungkin aku melakukan kesalahan dalam percakapan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7063]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs