Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَا النَّبِيُّ لَا كَذِبَ ، أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِّبِ، أَنَا أَعْرَبُ الْعَرَبِ ، وَلَدَتْنِي قُرَيْشٌ ، وَنَشَأْتُ فِي بَنِي سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ، فَأنَّى يَأْتِينِي اللَّحْنُ.
Teks Bahasa Melayu
Aku seorang Nabi bahkan aku tidak berdusta. Aku adalah cucu ‘Abd al-Muttalib. Aku adalah orang arab yang paling tulen, suku Quraisy telah melahirkanku, suku Sa‘ad bin Bakr telah membesarkanku, bagaimana mungkin aku melakukan kesalahan dalam percakapan.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis no. 5675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَنَا النَّبِيُّ لا كَذِبْ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ أَنَا أَعْرَبُ الْعَرَبِ وَلَدَتْنِي قُرَيْشٌ ونَشَأْتُ فِي بني سَعْدِ بن بَكْرٍ فَأَنَّى يَأْتِينِي اللَّحْنُ. [طب، الضعيفة (7063)].
(Palsu) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku seorang Nabi bahkan aku tidak berdusta. Aku adalah cucu ‘Abd al-Muttalib. Aku adalah orang arab yang paling tulen, suku Quraisy telah melahirkanku, suku Sa‘ad bin Bakr telah membesarkanku, bagaimana mungkin aku melakukan kesalahan dalam percakapan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7063]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman