Aku seolah-olah melihat daging segar Zaid pada gigi kalian

TEKS BAHASA ARAB

كأني أنظر إلى خضرة لحم زيد في أسنانكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku seolah-olah melihat daging segar Zaid pada gigi kalian.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405-406, hadis nombor 2176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن زيد – رضي الله عنه -، قال: بينما رسول الله ﷺ جالس مع أصحابه يحدثهم إذ قام فدخل، فقام زيد فجلس في مجلس النبي ﷺ، وجعل يحدثهم عن النبي ﷺ، إذ مر بلحم هدية إلى رسول الله ﷺ، فقال القوم لزيد – وكان أحدثهم سناً -: يا أبا سعيد! لو قمت إلى النبي ﷺ فأقرأته منا السلام وتقول له: يقول لك أصحابك: إن رأيت أن تبعث إليناً من هذا اللحم، فقال: «ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك!» فجاء زيد، فقال: قد بلغت رسول الله ﷺ فقال: «ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك»، فقال القوم: ما أكلنا لحماً، وإن هذا لأمر حدث، فانطلقوا بنا إلى رسول الله ﷺ نسأله ما هذا؟ فجاؤوا إلى رسول الله ﷺ فقالوا: يا رسول الله! أرسلنا إليك في اللحم الذي جاءك، فزعم زيد أنهم قد أكلوا لحماً، فوالله! ما أكلنا لحماً، فقال رسول الله ﷺ: «كأني أنظر إلى خضرة لحم زيد في أسنانكم»، فقالوا: أي رسول الله! فاستغفر لنا، قال: فاستغفر لهم. [ك، «الضعيفة» (4084)].

(Sangat Lemah) Daripada Zaid RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah ﷺ sedang duduk berbicara bersama para sahabat baginda, tiba-tiba baginda bangun dan masuk ke dalam. Zaid lantas bangun lalu duduk di tempat duduk Nabi ﷺ dan menyampaikan (riwayat) daripada Nabi ﷺ. Tiba-tiba lalu (di hadapan mereka) daging hadiah kepada Rasulullah ﷺ. Maka orang pun berkata kepada Zaid – sedangkan beliau adalah yang paling muda dalam kalangan mereka -: "Wahai Abu Sa’id! Kalau kamu boleh pergi kepada Nabi ﷺ dan sampaikan salam kami kepada baginda lalu kamu sebutkan kepada baginda: Sahabat-sahabatmu berkata: Kalau kamu setuju untuk berikan kepada kami sebahagian daripada daging ini?". Baginda berkata: "Kembalilah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka telah makan daging selepas kamu (pergi)". Lalu Zaid kembali dan berkata: "Aku telah sampaikan kepada Rasulullah ﷺ lalu baginda bersabda: Kembalilah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka telah makan daging selepas kamu (pergi)". Mereka berkata: "Kami tidak memakan daging pun. Ini ialah perkara yang direka. Bawalah kami berjumpa Rasulullah ﷺ agar kami dapat tanyakan baginda apakah ini?". Mereka pun pergi berjumpa Rasulullah ﷺ dan berkata: "Wahai Rasulullah! Kami telah hantar (seseorang) bertanyakan daging yang datang kepadamu, lalu Zaid mendakwa bahawa mereka (kami) sudah makan daging. Demi Allah! Kami belum pun makan daging". Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Aku seolah-olah melihat daging segar Zaid pada gigi kalian (mengumpat)". Mereka pun berkata: "Wahai Rasulullah! Mintalah keampunan buat kami". Kata Zaid: Baginda pun meminta ampun buat mereka. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4084].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs