Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كأني أنظرُ إلى خُضْرَةِ لَحْمِ زيدٍ في أسنانِكم.
Teks Bahasa Melayu
Aku seolah-olah melihat daging segar Zaid pada gigi kalian.
Sahabat Perawi
- Zaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405-406, hadis no. 2176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن زيد - رضي الله عنه -، قال: بينما رسول الله ﷺ جالس مع أصحابه يحدثهم إذ قام فدخل، فقام زيد فجلس في مجلس النبي ﷺ، وجعل يحدثهم عن النبي ﷺ، إذ مر بلحم هدية إلى رسول الله ﷺ، فقال القوم لزيد - وكان أحدثهم سناً -: يا أبا سعيد! لو قمت إلى النبي ﷺ فأقرأته منا السلام وتقول له: يقول لك أصحابك: إن رأيت أن تبعث إليناً من هذا اللحم، فقال: «ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك!» فجاء زيد، فقال: قد بلغت رسول الله ﷺ فقال: «ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك»، فقال القوم: ما أكلنا لحماً، وإن هذا لأمر حدث، فانطلقوا بنا إلى رسول الله ﷺ نسأله ما هذا؟ فجاؤوا إلى رسول الله ﷺ فقالوا: يا رسول الله! أرسلنا إليك في اللحم الذي جاءك، فزعم زيد أنهم قد أكلوا لحماً، فوالله! ما أكلنا لحماً، فقال رسول الله ﷺ: «كأني أنظر إلى خضرة لحم زيد في أسنانكم»، فقالوا: أي رسول الله! فاستغفر لنا، قال: فاستغفر لهم. [ك، «الضعيفة» (4084)].
(Sangat Lemah) Daripada Zaid RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah ﷺ sedang duduk berbicara bersama para sahabat baginda, tiba-tiba baginda bangun dan masuk ke dalam. Zaid lantas bangun lalu duduk di tempat duduk Nabi ﷺ dan menyampaikan (riwayat) daripada Nabi ﷺ. Tiba-tiba lalu (di hadapan mereka) daging hadiah kepada Rasulullah ﷺ. Maka orang pun berkata kepada Zaid – sedangkan beliau adalah yang paling muda dalam kalangan mereka -: "Wahai Abu Sa’id! Kalau kamu boleh pergi kepada Nabi ﷺ dan sampaikan salam kami kepada baginda lalu kamu sebutkan kepada baginda: Sahabat-sahabatmu berkata: Kalau kamu setuju untuk berikan kepada kami sebahagian daripada daging ini?". Baginda berkata: "Kembalilah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka telah makan daging selepas kamu (pergi)". Lalu Zaid kembali dan berkata: "Aku telah sampaikan kepada Rasulullah ﷺ lalu baginda bersabda: Kembalilah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka telah makan daging selepas kamu (pergi)". Mereka berkata: "Kami tidak memakan daging pun. Ini ialah perkara yang direka. Bawalah kami berjumpa Rasulullah ﷺ agar kami dapat tanyakan baginda apakah ini?". Mereka pun pergi berjumpa Rasulullah ﷺ dan berkata: "Wahai Rasulullah! Kami telah hantar (seseorang) bertanyakan daging yang datang kepadamu, lalu Zaid mendakwa bahawa mereka (kami) sudah makan daging. Demi Allah! Kami belum pun makan daging". Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Aku seolah-olah melihat daging segar Zaid pada gigi kalian (mengumpat)". Mereka pun berkata: "Wahai Rasulullah! Mintalah keampunan buat kami". Kata Zaid: Baginda pun meminta ampun buat mereka. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4084].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman