Aku sentiasa rindu dengan ayam putih

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما زلت بالأشواق إلى الديك الأبيض منذ رأيت ديك الله تحت عرشه ليلة أسري بي: ديك أبيض زغبه أخضر كالزبرجد وعرفه ياقوتة حمراء، شرفه من جوهر وعيناه من ياقوتتين حمراوين، ورجلاه في تخوم الأرض السفلى، ومنقاره من ذهب يتلألأ نورا، فإذا كان في الثلث الأول نشر جناحيه وخفق بهما وقال: سبحان ذي الملك والملكوت، يقول ذلك ثلاث مرات من الليل، فإذا خفق خفقت الديوك وخرجت وصرخت لصراخه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku sentiasa rindu dengan ayam putih semenjak aku melihat Ayam (milik) Allah di bawah arasy-Nya pada malam Israk. Ia adalah ayam jantan putih. Jambulnya berwana hijau seperti batu zabarjad. Kepalanya batu permata. Kedua-dua matanya batu permata merah. Kedua-dua kakinya bertapak di lapisan bumi yang paling bawah. Paruhnya terbuat daripada emas yang mengeluarkan cahaya berkelipan. Pada sepertiga malam pertama, dia membentangkan dan mengepak sayapnya lalu berkata: Maha suci Tuhan pemilik kerajaan dan alam ghaib. Dia mengucapkan perkara itu tiga kali setiap malam. Jika ia mengepakkan sayap, maka semua ayam jantan ikut mengepakkan sayap dan keluar serta berkokok kerana kokokannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 160, hadis nombor 475. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنكره السخاوي. بل قال ابن قيم الجوزية في حديث: الديك الأبيض صديقي، وصديق صديقي: وبالجملة فكل أحاديث الديك كذب، إلا: إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله.

Al-Sakhawi menilainya munkar. Bahkan Ibn al-Qayyim berkata berkenaan hadith ayam jantan adalah sahabatku dan sahabat bagi sahabatku: “Semua hadith berkenaan ayam jantan adalah dusta selain hadith: Jika engkau mendengar ayam jantan berkokok, maka mintalah karunia Allah.”

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs