TEKS BAHASA ARAB
عن أسماء بنت يزيد الأنصارية، من بني عبد الأشهل، أنها أتت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهو بين أصحابه، فقالت: “بأبي أنت وأمي يا رسول الله، أنا وافدة النّساء إليك، واعلم نفسي لك الفداء أنه ما من امرأة كانت في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع، إلاّ وهي على مثل رأيي؛ إن الله بعثك إلى الرّجال والنّساء كافّةً فآمنا بك وبإلهك، وإنّا معشر النّساء محصورات، مقصورات، قواعد بيتوتكم، ومفضى شهواتكم، وحاملات أولادكم، وإنكم معاشر الرّجال فضّلتم علينا بالجمع والجماعات، وعيادة المرضى، وشهود الجنائز، والحجّ بعد الحجّ، وأفضل من ذلك، الجهاد في سبيل الله، وإن الرّجل منكم إذا خرج حاجّاً أو معتمراً أو مرابطاً، حفظنا لكم أموالكم، وغزلنا لكم أثوابكم، وربّينا لكم أولادكم؛ فما نشاركم في هذا الخير يا رسول الله؟” فالتفت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بوجهه كلّه، ثم قال: ((سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مساءلتها عن أمر دينها من هذه؟)) قالوا: “يا رسول الله، ما ظنّنا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا!” فالتفت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إليها، ثم قال: ((انصرفي أيّتها المرأة، واعلمي من وراءك من النّساء، أن حسن تبعّل إحداكن لزوجها، وطلبها مرضاته، وأتباعها موافقته، يعدل ذلك كله.)) قال: فأدبرت المرأة وهي تهلّل وتكبّر استبشارا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Asma’ Binti Yazid al-Ansariyyah RA daripada Bani Abd al-Ashhal: Beliau datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu Baginda sedang bersama sahabatnya. Beliau berkata: “Dan ayahku dan ibuku (sebagai gantimu) wahai Rasulullah! Aku sebagai wakil orang perempuan datang kepada kamu dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang wanita pun yang berada di barat mahupun timur mendengar akan kedatanganku ini atau tidak mendengar tentangnya melainkan dia mempunyai pendapat yang sama denganku: Sesungguhnya Allah SWT telah mengutus kamu kepada lelaki dan wanita secara keseluruhan, maka kami beriman dengan kamu dan Tuhan kamu. Sesungguhnya kami (iaitu sekalian wanita) sangat terbatas, tersimpan dan duduk di rumah kamu (para lelaki), memenuhi hajat kamu, mengandungkan anak-anak kamu. Manakala kamu semua (iaitu sekalian lelaki) lebih mulia daripada kami dengan himpunan dan berjemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah, menunaikan haji ke haji, dan yang paling baik adalah jihad di jalan Allah, dan sesungguhnya orang lelaki daripada kalangan kamu jika keluar untuk menunaikan haji ataupun umrah atau berperang, kami akan menjaga harta-harta kamu, kami akan menjahit pakaian kamu, mendidik anak-anak kamu, jadi apakah kami boleh menurut serta dengan kamu semua dalam kebaikan ini wahai Rasulullah?” Kemudian Nabi berpaling kepada sahabatnya dengan wajahnya lalu Baginda berkata: ((Adakah kamu mendengar ucapan wanita yang lebih baik daripada pertanyaannya berkaitan urusan agamanya?)) Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah! Kami tidak menyangka bahawa seorang wanita terpandu sampai ke tahap itu!” Kemudian Nabi SAW berpaling kepada wanita tersebut dan bersabda: ((Pergilah wahai wanita dan sampaikan kepada siapa yang berada di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa kebaikan kamu menunaikan hak suaminya, serta mencari keredhaannya dan mengikut persetujuannya menyamai semua itu.)) Dia berkata: Kemudian wanita itu pergi dalam keadaan bertahlil dan bertakbir disebabkan berita baik itu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1763, hadis nombor 8875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسماء بنت يزيد الأنصارية، من بني عبد الأشهل، أنها أتت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهو بين أصحابه، فقالت: “بأبي أنت وأمي يا رسول الله، أنا وافدة النّساء إليك، واعلم -نفسي لك الفداء- أنه ما من امرأة كانت في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع، إلاّ وهي على مثل رأيي؛ إن الله بعثك إلى الرّجال والنّساء كافّةً فآمنا بك وبإلهك، وإنّا معشر النّساء محصورات، مقصورات، قواعد بيتوتكم، ومفضى شهواتكم، وحاملات أولادكم، وإنكم معاشر الرّجال فضّلتم علينا بالجمع والجماعات، وعيادة المرضى، وشهود الجنائز، والحجّ بعد الحجّ، وأفضل من ذلك، الجهاد في سبيل الله، وإن الرّجل منكم إذا خرج حاجّاً أو معتمراً أو مرابطاً، حفظنا لكم أموالكم، وغزلنا لكم أثوابكم، وربّينا لكم أولادكم؛ فما نشاركم في هذا الخير يا رسول الله؟ فالتفت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بوجهه كلّه، ثم قال: ” سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مساءلتها عن أمر دينها من هذه؟ “؟ قالوا: يا رسول الله، ما ظنّنا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا! فالتفت النّبيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إليها، ثم قال: ” انصرفي أيّتها المرأة، واعلمي من وراءك من النّساء، أن حسن تبعّل إحداكن لزوجها، وطلبها مرضاته، وأتباعها موافقته، يعدل ذلك كله قال: فأدبرت المرأة وهي تهلّل وتكبّر استبشارا.
(Lemah)
Daripada Asma’ Binti Yazid al-Ansariyyah RA daripada Bani Abd al-Ashhal: Beliau datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu Baginda sedang bersama sahabatnya. Beliau berkata: “Dan ayahku dan ibuku (sebagai gantimu) wahai Rasulullah! Aku sebagai wakil orang perempuan datang kepada kamu dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang wanita pun yang berada di barat mahupun timur mendengar akan kedatanganku ini atau tidak mendengar tentangnya melainkan dia mempunyai pendapat yang sama denganku: Sesungguhnya Allah SWT telah mengutus kamu kepada lelaki dan wanita secara keseluruhan, maka kami beriman dengan kamu dan Tuhan kamu. Sesungguhnya kami (iaitu sekalian wanita) sangat terbatas, tersimpan dan duduk di rumah kamu (para lelaki), memenuhi hajat kamu, mengandungkan anak-anak kamu. Manakala kamu semua (iaitu sekalian lelaki) lebih mulia daripada kami dengan himpunan dan berjemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah, menunaikan haji ke haji, dan yang paling baik adalah jihad di jalan Allah, dan sesungguhnya orang lelaki daripada kalangan kamu jika keluar untuk menunaikan haji ataupun umrah atau berperang, kami akan menjaga harta-harta kamu, kami akan menjahit pakaian kamu, mendidik anak-anak kamu, jadi apakah kami boleh menurut serta dengan kamu semua dalam kebaikan ini wahai Rasulullah?” Kemudian Nabi berpaling kepada sahabatnya dengan wajahnya lalu Baginda berkata: ((Adakah kamu mendengar ucapan wanita yang lebih baik daripada pertanyaannya berkaitan urusan agamanya?)) Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah! Kami tidak menyangka bahawa seorang wanita terpandu sampai ke tahap itu!” Kemudian Nabi SAW berpaling kepada wanita tersebut dan bersabda: ((Pergilah wahai wanita dan sampaikan kepada siapa yang berada di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa kebaikan kamu menunaikan hak suaminya, serta mencari keredhaannya dan mengikut persetujuannya menyamai semua itu.)) Dia berkata: Kemudian wanita itu pergi dalam keadaan bertahlil dan bertakbir disebabkan berita baik itu.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6242].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.