Aku pernah menunggang bersama Rasulullah SAW dan juga seorang arab Badwi yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik

TEKS BAHASA ARAB

كنت ردف رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل يعرضها لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- رجاء أن يتزوجها. قال (الفضل بن عباس): فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يأخذ برأسي فيلويه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah menunggang bersama Rasulullah SAW dan juga seorang arab Badwi yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasulullah SAW supaya Rasulullah SAW mengahwininya. Berkata al-Fadhl bin Abbas: Lalu aku berpaling kepadanya, lalu Rasulullah SAW memegang kepalaku dan memalingkannya.

STATUS

Munkar dengan penambahan “Menayangkan”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 807, hadis nombor 4161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (العرض))
عن الفضل بن عباس –رضي الله عنهما- قال: كنت ردف رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل يعرضها لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- رجاء أن يتزوجها. قال (الفضل بن عباس): فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يأخذ برأسي فيلويه.
[ع، ((الضعيفة)) (5959)].

(Munkar dengan penambahan “Menayangkan”) Daripada al-Fadhl bin Abbas RA berkata: Aku pernah menunggang bersama Rasulullah SAW dan juga seorang arab Badwi yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasulullah SAW supaya Rasulullah SAW mengahwininya. Berkata al-Fadhl bin Abbas: Lalu aku berpaling kepadanya, lalu Rasulullah SAW memegang kepalaku dan memalingkannya.
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5959]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs